Gambar ini ditangkap oleh papa ku dari tingkat 11 flet Cempaka, ketika dia meninjau bukit-bukau di kawasan tempat tinggal kami. Masa itu menurut papa, bukit-bukit tersebut banyak diceroboh oleh lori-lori sampah haram dan meleluasa aktiviti pembalakan haram. Memang papa, mama dan rakan-rakan mereka yang sama-sama mengasaskan MQU mengharungi banyak kesusahan pada peringkat awal meneroka kawasan ini. Masyarakat di sini ratanya kurang penghayatan agama. Banyak kes curi dan juga penagih-penagih dadah. Itu belum sentuh lagi kes kuil-kuil berhala dan jin yang banyak mengganggu ketenteraman penduduk-penduduk MQU. Semasa foto ini ditangkap, aku berumur 3 tahun. Masa tu manalah aku faham apa kesususahan yang dihadapi oleh papa & mama ku. Aku sibuk dengan bermain sepanjang masa. Moga-moga ALLAH swt. memberi taufiq kepadaku dan adik-beradik ku agar dapat meneruskan perjuangan suci yang mereka mulakan.
Perangkap & Fitnah Bank-bhg.1
17 years ago
